Dasar Privasi

Dasar Privasi ini menetapkan bagaimana JUMBOEX, syarikat-syarikat subsidiari, syarikat-syarikat bersekutu dan entiti-entiti yang dikawal bersama (secara kolektif disebut sebagai "JUMBOEX" atau "kami") mengumpul, mengguna, memproses dan menzahirkan Data Peribadi anda. Sila baca Dasar Privasi ini dengan teliti untuk memahami bagaimana kami akan mengumpulkan dan menggunakan Data Peribadi anda dan hak yang anda miliki berkaitan dengan Data Peribadi anda. Dasar Privasi ini mungkin berbeza dan dikemas kini dari semasa ke semasa, jadi sila periksa secara berkala.

Dasar Privasi ini terpakai kepada semua pengguna, agen, vendor, pembekal, rakan kongsi kami, kontraktor, pembekal perkhidmatan dan rakan dagang kami dan pembekal perkhidmatan pihak ketiga (seperti penghantar pihak ketiga) (disebut secara kolektif sebagai "anda").

Dengan mengunjungi aplikasi pengguna, applikasi penghantar dan / atau platform kami dan / atau menggunakan Perkhidmatan kami, anda mengakui terma-terma dan syarat-syarat Dasar Privasi ini dan menyetujui penggunaan dan pendedahan Data Peribadi anda melalui cara-cara yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini.

  1. APA ITU DATA PERIBADI?
  2. "Data Peribadi" bermaksud apa-apa maklumat yang boleh digunakan untuk mengenal pasti anda atau di mana anda boleh dikenal pasti. Jenis Data Peribadi yang kami kumpulkan secara langsung dari anda atau dari pihak ketiga bergantung pada keadaan pengumpulan dan sifat perkhidmatan yang diminta atau transaksi yang dilakukan. Ini boleh merangkumi nama, alamat e-mel, alamat premis untuk pengeluaran bil, alamat premis untuk perkhidmatan penghantaran, nombor telefon, maklumat kad kredit, minat peribadi, gambar anda, nombor pengenalan yang dikeluarkan oleh kerajaan, data biometrik, bangsa, jantina, tarikh lahir, status perkahwinan, agama, maklumat kenderaan dan maklumat insurans anda.


  3. APAKAH DATA PERIBADI ANDA YANG KAMI KUMPULKAN?
  4. Kami mungkin mengumpulkan Data Peribadi berikut mengenai anda: -
    • maklumat peribadi untuk mengenalpasti identiti dan latar belakang anda seperti nama penuh, pasport atau nombor kad pengenalan, kewarganegaraan dan agama anda;
    • maklumat hubungan seperti alamat premis untuk pengeluaran bil, alamat premis untuk perkhidmatan penghantaran, nombor telefon, nombor faks dan alamat e-mel;
    • maklumat pembayaran seperti maklumat kad debit atau kad kredit anda, termasuk nama pemegang kad, nombor kad, alamat bil, tarikh luput kad dan maklumat akaun bank lain;
    • maklumat lesen, maklumat kenderaan dan hasil pemeriksaan latar belakang (setakat yang dibenarkan oleh undang-undang);
    • maklumat sensitif seperti bangsa, agama atau kepercayaan, pendapat politik, rekod kesihatan atau rekod jenayah anda. Secara amnya, kami tidak mengumpulkan maklumat sensitif kecuali dalam keadaan yang luar biasa untuk melayani anda dengan lebih baik dan memenuhi keperluan khusus anda;
    • rakaman gambar anda melalui kamera televisyen litar tertutup yang dipasang di premis perniagaan kami;
    • rakaman panggilan yang dibuat oleh anda ke perkhidmatan pelanggan kami; dan
    • rekod mesej-mesej dan surat-surat/komunikasi-komunikasi yang dihantar semasa interaksi antara anda dan perkhidmatan pelanggan kami.

    Sila ambil perhatian bahawa:-
    • walaupun anda mendedahkan data peribadi anda kepada kami semasa anda melayari laman web secara umum, tetapi maklumat teknikal dan statistik tertentu (seperti kuki, alamat IP anda, masa, tarikh dan tempoh lawatan anda) akan didedahkan kepada kami melalui pembekal perkhidmatan internet kami; dan
    • jika anda memberikan kami data peribadi yang berkaitan dengan pihak ketiga (contohnya maklumat pasangan, anak-anak, ibu bapa, dan / atau pekerja anda) dengan menyerahkan data peribadi tersebut kepada kami, anda mengesahkan kepada kami bahawa anda telah mendapat persetujuan pihak ketiga untuk memberi kami data peribadi mereka untuk tujuan seperti yang disenaraikan di bawah.


  5. BAGAIMANAKAH KAMI MENGUMPUL DATA PERIBADI ANDA?
  6. Kami mungkin mengumpulkan Data Peribadi mengenai anda melalui cara yang dinyatakan di bawah. Kami juga boleh menggabungkan Data Peribadi yang dikumpulkan dengan Data Peribadi lain yang kami miliki. Sekiranya anda mempunyai atau merupakan pihak yang mempunyai beberapa hubungan perniagaan dengan kami (contohnya jika anda menggunakan perkhidmatan kami di pelbagai bidang perniagaan kami atau jika anda adalah pembekal perkhidmatan pihak ketiga dan juga pengguna atau pelanggan pada bidang perniagaan kami yang lain), kami akan mengabungkan Data Peribadi anda yang dikumpulkan melalui perhubungan-perhubungan anda dengan kami untuk memudahkan anda menggunakan perkhidmatan kami dan untuk tujuan yang dinyatakan di bawah.

    Data Peribadi yang diberikan oleh anda kepada kami
    Kami mengumpulkan Data Peribadi anda apabila anda memberikannya secara sukarela kepada kami dalam situasi seperti di bawah: -
    • mengisi bahagian profil pengguna atau borang pendaftaran (seperti nama anda, maklumat perhubungan dan maklumat pengenalan lain jika diperlukan);
    • memberikan maklumat untuk menilai kelayakan anda untuk membekalkan perkhidmatan sebagai pembekal perkhidmatan pihak ketiga (seperti maklumat lesen memandu anda, maklumat kenderaan dan hasil pemeriksaan latar belakang, sekiranya anda adalah penghantar pihak ketiga atau maklumat lesen perniagaan, maklumat korporat dan hasil permeriksaan latar belakang, jika anda adalah rakan dagang (setakat yang dibenarkan oleh undang-undang));
    • berkomunikasi dengan kami seperti melalui e-mel, telefon, secara bertulis atau melalui halaman perkhidmatan pelanggan kami atau platform media sosial (seperti ID akaun media sosial anda, foto profil dan data lain yang tersedia untuk umum);
    • mengambil bahagian dalam tinjauan, soal selidik, peraduan, acara, tawaran atau promosi yang diatur oleh kami (seperti umur, jantina, status perkahwinan, pilihan, maklumat pekerjaan dan pendapatan, gambar, fail audio, atau video yang mungkin anda kirimkan, yang mungkin termasuk gambar diri anda); dan
    • mengesahkan identiti anda melalui pelbagai cara (seperti log masuk media sosial, penyerahan gambar selfie atau maklumat kad pembayaran yang disahkan secara bebas).

    Data Peribadi yang dikumpulkan semasa perkhidmatan kami digunakan
    Data Peribadi boleh dikumpulkan melalui operasi biasa aplikasi pengguna, aplikasi penghantar, platform dan / atau perkhidmatan kami. Sebagai contoh: -
    • lokasi anda (untuk mengesan lokasi bagi perkhidmatan mengutip bungkusan);
    • maklum balas, penilaian, pujian atau aduan;
    • maklumat transaksi (seperti kaedah pembayaran dan jarak perjalanan);
    • maklumat mengenai bagaimana anda berinteraksi dengan aplikasi mudah alih, laman web dan / atau perkhidmatan kami (seperti ciri yang digunakan dan kandungan yang dilihat);
    • maklumat peranti (seperti model perkakasan dan nombor siri, alamat IP, nama dan versi fail dan pengenal iklan atau sebarang maklumat yang mungkin menunjukkan petunjuk pengubahsuaian peranti atau aplikasi);
    • data peribadi yang anda masukkan dalam mesej semasa anda menggunakan ciri komunikasi dalam aplikasi pengguna atau applikasi penghantar kami; dan
    • data peribadi yang dapat diambil melalui interaksi anda dengan kami, ejen kami, rakaman audio dan / atau video dalam kenderaan semasa perjalanan (seperti gambar atau suara anda atau kedua-duanya dan metadata yang berkaitan).

    Data Peribadi yang dikumpulkan dari sumber-sumber lain
    Kami mungkin mengumpulkan Data Peribadi dari sumber lain yang mungkin merangkumi: -
    • program-program rujukan;
    • rakan niaga kami, seperti rakan- pembekal perkhidmatan, pembekal-pembekal pembayaran, rakan-rakan kongsi pengangkutan;
    • pembekal perkhidmatan insurans dan kewangan;
    • biro kredit dan agensi pelaporan kredit lain;
    • sumber data yang tersedia untuk umum;
    • sumber data kerajaan;
    • apabila pengguna kami memberikan maklumat anda sebagai orang hubungan kecemasan; dan
    • pembekal atau rakan kongsi perkhidmatan pemasaran.
    Ketika kami mengumpulkan Data Peribadi dari sumber-sumber lain, kami menggunakan usaha yang wajar untuk memastikan bahawa Data Peribadi yang dipindahkan kepada kami adalah mematuhi undang-undang yang terpakai.

    Data Peribadi mengenai Penghantar Pihak Ketiga
    Sekiranya anda penghantar pihak ketiga, kami mungkin mengumpulkan: -
    • data telematik (seperti data kelajuan, pecutan, dan pembrekan);
    • data peranti (seperti data pecutan, lokasi GPS, nombor IMEI anda dan nama aplikasi mudah alih yang telah anda pasang pada peranti anda);
    • data pendaftaran dan lesen kenderaan anda; dan
    • data peribadi yang dapat diambil melalui interaksi anda dengan kami, ejen kami, rakaman audio dan / atau video dalam kenderaan kami semasa perjalanan (seperti gambar atau suara anda atau kedua-duanya dan metadata yang berkaitan).

    Data Peribadi yang Sensitif

    Sebahagian Data Peribadi yang kami kumpulkan bersifat sensitif. Ini mungkin termasuk Data Peribadi yang berkaitan dengan maklumat identiti nasional, bangsa, kepercayaan agama, maklumat latar belakang (termasuk rekod kesihatan, kewangan dan jenayah, setakat yang dibenarkan oleh undang-undang), status perkahwinan dan data biometrik, sebagaimana yang berkenaan. Kami mengumpulkan maklumat ini hanya dengan persetujuan anda dan / atau dengan cara yang mematuhi undang-undang yang terpakai.

    Data Peribadi individu yang di bawah umur

    Sebagai ibu bapa atau penjaga sah bagi individu di bawah umur, sila memastikan bahawa kanak-kanak di bawah jagaan anda tidak menyerahkan Data Peribadi kepada kami. Sekiranya Data Peribadi kanak-kanak di bawah umur dizahirkan kepada kami, anda dengan ini bersetuju untuk membenarkan pemprosesan Data Peribadi kanak-kanak di bawah umur oleh kami dan menerima dan bersetuju untuk terikat dengan Dasar Privasi ini dan mengambil seluruh tanggungjawab untuk tindakan kanak-kanak di bawah jagaan anda.

    Apabila Data Peribadi individu lain diberikan kepada kami

    Dalam keadaan di mana anda memberikan Data Peribadi individu lain (seperti pasangan anda, ahli keluarga atau rakan) kepada kami (contoh; untuk hubungan kecemasan), anda mengesahkan dan menjamin bahawa anda telah mendapat persetujuan mereka terlebih dahulu supaya Data Peribadi mereka dikumpulkan, digunakan dan didedahkan seperti yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini.


  7. BAGAIMANAKAH KAMI MENGGUNAKAN DATA PERIBADI YANG DIKUMPULKAN?
  8. Anda bersetuju bahawa kami boleh menggunakan Data Peribadi anda untuk tujuan-tujuan berikut ("Tujuan") setakat yang dibenarkan oleh undang-undang:-

    Untuk membekalkan perkhidmatan-perkhidmatan dan ciri-ciri
    Data Peribadi anda boleh digunakan untuk membekalkan, memperibadikan, mengekalkan dan menambah baik aplikasi, laman web dan / atau perkhidmatan kami. Ini termasuk pengunaan Data Peribadi anda untuk:-
    • membekalkan kepada anda perkhidmatan-perkhidmatan merentasi pelbagai bidang perniagaan kami;
    • melibatkan diri anda untuk membekalkan perkhidmatan;
    • mencipta, mentadbir dan mengemas kini akaun anda;
    • menjalankan pemeriksaan ketelitian yang sewajarnya;
    • mengesahkan identiti dan usia anda (jika perlu);
    • memproses dan mengesahkan tempahan anda dan memproses pembayaran;
    • menawarkan, mendapatkan, menyediakan, memudahkan atau mengekalkan solusi insurans atau pembiayaan;
    • mengesan progres penghantaran bungkusan dan mengesan variasi perjalanan yang tidak normal;
    • aktifkan ciri-ciri yang memperibadikan aplikasi mudah alih anda;
    • membolehkan pengalaman anda lebih lancar, seperti mengisi maklumat pendaftaran anda (seperti nama, alamat atau nombor telefon anda) secara automatik dari satu perkhidmatan ke perkhidmatan lain atau semasa anda mengambil bahagian dalam tinjauan kami atau soal selidik;
    • melakukan operasi dalaman yang diperlukan untuk membekalkan perkhidmatan kami, termasuk menyelesaikan masalah pepijat perisian dan masalah operasi, menjalankan data analisis, pengujian dan penyelidikan, pemantauan dan analisis penggunaan dan aktiviti “trend”;
    • melindungi keselamatan atau integriti perkhidmatan kami dan sebarang kemudahan atau peralatan digunakan untuk menyediakan perkhidmatan kami;
    • memproses dan menguruskan mata ganjaran dan faedah-faedah anda;
    • memproses, mengurus atau mengesahkan permohonan promosi, ganjaran dan langganan anda dengan kami;
    • membolehkan komunikasi antara pengguna kami;
    • membolehkan rakan kongsi kami mengurus dan memperuntukkan sumber-sumber “fleet”; dan
    • untuk membekalkan perkhidmatan kepada anda sebagai seorang pemproses data, di mana anda telah memberikan persetujuan kepada pengawal data (iaitu organisasi dari siapa anda membeli barang atau perkhidmatan, dan bagi pihak siapa kami membekalkan perkhidmatan) agar perkhidmatan tersebut dapat diberikan.

    Keselamatan
    Kami mungkin menggunakan data anda untuk memastikan keselamatan perkhidmatan kami dan semua pengguna.
    Ini termasuk:-
    • pemeriksaan pengguna atau pembekal perkhidmatan pihak ketiga sebelum membolehkan penggunaan perkhidmatan kami oleh mereka;
    • mengenal pasti tingkah laku memandu yang tidak selamat seperti kelajuan, pembrekan keras dan pecutan dan memberikan maklum balas yang kepada penghantar pihak ketiga;
    • mengesahkan identiti anda semasa anda log masuk ke akaun anda;
    • menggunakan peranti, lokasi, profil dan Data Peribadi lain untuk mencegah, mengesan dan memerangi penipuan atau aktiviti-aktiviti yang tidak selamat atau haram;
    • memantau pematuhan terhadap terma dan syarat dan polisi kami; dan
    • mengesan, mencegah dan mendakwa jenayah.

    Perkhidmatan Sokongan Pelanggan
    Kami mungkin menggunakan Data Peribadi untuk menyelesaikan isu-isu sokongan pelanggan. Sebagai contoh, kami mungkin: -
    • menyiasat dan menangani masalah atau aduan anda;
    • memantau dan meningkatkan respons sokongan pelanggan kami;
    • menjawab soalan, aduan, komen dan maklum balas; dan
    • memberitahu anda mengenai langkah-langkah yang diambil untuk menyelesaikan isu-isu sokongan pelanggan.

    Penyelidikan dan pembangunan dan keselamatan

    Kami mungkin menggunakan Data Peribadi yang kami kumpulkan untuk analisis, ujian, penyelidikan dan pembangunan produk. Ini membolehkan kami menganalisis dan memahami keperluan dan keutamaan anda, melindungi Data Peribadi anda, memperbaiki dan meningkatkan kecekapan, keselamatan perkhidmatan kami, membangunkan ciri-ciri baru untuk produk, perkhidmatan dan aplikasi dan / atau platform kami dan memudahkan solusi insurans dan kewangan.

    Tujuan undang-undang
    Kami mungkin menggunakan Data Peribadi yang kami kumpulkan untuk menyiasat dan menyelesaikan tuntutan atau pertikaian atau sebagaimana yang dibenarkan atau dihendaki oleh undang-undang yang terpakai.
    Kami juga dapat menggunakan Data Peribadi anda apabila kami dikehendaki, dinasihatkan, disyorkan, dijangka atau diminta berbuat demikian oleh penasihat undang-undang kami atau mana-mana pihak berkuasa perundangan, kerajaan atau pihak berkuasa tempatan atau negara asing.
    Sebagai contoh, kami mungkin menggunakan Data Peribadi anda untuk: -
    • mematuhi perintah mahkamah atau keperluan peraturan-peraturan atau undang-undang, kerajaan atau pihak berkuasa;
    • menguatkuasakan terma dan syarat perkhidmatan kami atau perjanjian lain; dan
    • melindungi hak atau harta kita sekiranya berlaku tuntutan atau pertikaian.

    Kami juga dapat menggunakan Data Peribadi anda berkaitan dengan penggabungan, pengambilalihan, usaha sama, penjualan aset syarikat, penyatuan, penyusunan semula, pembiayaan, transaksi aset perniagaan atau pemgambilalihan semua atau sebahagian perniagaan atau saham kami oleh syarikat lain.

    Pemasaran dan Promosi
    Kami mungkin menggunakan Data Peribadi anda untuk memasarkan dan mempromosikan produk, perkhidmatan, acara atau promosi kami atau rakan kongsi, penaja dan pengiklan kami. Sebagai contoh, kami mungkin: -
    • menghantar makluman, buletin, berita terkini, risalah, bahan promosi, keistimewaan dan salam perayaan; dan
    • memaklumkan, menjemput dan menguruskan penyertaan anda dalam acara atau aktiviti kami.
    Kami mungkin menyampaikan tawaran atau pemasaran sedemikian kepada anda melalui pos, panggilan telefon, khidmat pesanan ringkas, perkhidmatan pesanan dalam talian, pemberitahuan “push” dengan tangan, e-mel atau melalui media sosial (seperti Whatsapp, Facebook, Twitters dan Instagram).
    Sekiranya anda tidak menyetujui kami memproses Data Peribadi anda untuk tujuan pemasaran atau promosi seperti di atas, sila maklumkan kepada kami dengan menghubungi kami melalui maklumat hubungan yang dinyatakan dalam perenggan 11 di bawah.


  9. BAGAIMANA KAMI BERKONGSI ATAU MENDEDAHKAN DATA PERIBADI ANDA?
  10. Kami mungkin perlu berkongsi atau mendedahkan Data Peribadi anda dengan pelbagai pihak untuk Tujuan yang merangkumi: -

    Pengguna lain
    Sebagai contoh:-
    • Sekiranya anda adalah penghantar pihak ketiga, kami dapat berkongsi Data Peribadi anda dengan pembekal perkhidmatan pihak ketiga dan penguna yang berkenaan, termasuk nama dan foto anda; jenis kenderaan, model, lokasi dan penilaian purata anda.
    • Sekiranya anda menggunakan perkhidmatan penghantaran bungkusan kami, kami mungkin akan berkongsi Data Peribadi anda dengan penerima bungkusan anda, dan begitu juga sebaliknya, serta dengan penghantar pihak ketiga yang relevan yang memenuhi permintaan perkhidmatan anda.

    Berkongsi Data Peribadi dengan rakan kongsi kami atas permintaan anda

    Sebagai contoh, jika anda meminta perkhidmatan melalui rakan kongsi kami atau menggunakan promosi yang diberikan oleh rakan kongsi kami, kami mungkin akan berkongsi Data Peribadi anda dengan mereka. Rakan kongsi kami merangkumi rakan kongsi yang diintegrasikan atau terintegrasi dengan aplikasi kami, rakan kongsi perkhidmatan logistik atau rakan kongsi perniagaan yang bekerjasama dengan kami untuk menyampaikan promosi, pertandingan atau perkhidmatan khusus lain.

    Berkongsi Data Peribadi dengan syarikat-syarikat subsidiari dan syarikat bersekutu
    Kami mungkin berkongsi Data Peribadi dengan syarikat subsidiari kami, syarikat bersekutu, entiti yang dikawal bersama.

    Berkongsi Data Peribadi dengan pembekalan perkhidmatan pihak ketiga dan rakan niaga kami
    Kami mungkin memberikan Data Peribadi kepada pembekal perkhidmatan pihak ketiga, vendor, perunding, rakan kongsi pemasaran, firma penyelidikan dan pembekal perkhidmatan lain atau rakan kongsi perniagaan kami. Ini termasuk:-
    • pemproses dan fasilitator pembayaran;
    • pemungut hutang;
    • biro kredit dan agensi pelaporan kredit lain;
    • penyedia perkhidmatan pemeriksaan latar belakang dan pencegahan pengubahan wang haram;
    • pembekal simpanan dalam talian;
    • rakan kongsi pemasaran dan pembekal platform pemasaran;
    • penyedia analisis data;
    • rakan kongsi penyelidikan, termasuk mereka yang melakukan tinjauan atau projek penyelidikan dalam kerjasama dengan kami atau bagi pihak kami;
    • rakan kongsi “fleet” dan rakan pedagang;
    • rakan kongsi insurans dan kewangan;
    • pembekal perkhidmatan kemudahan simpanan;
    • perantara pihak ketiga yang terlibat dalam pelaburan dana yang diurus, seperti broker, pengurus aset, dan penjaga;
    • pembekal perkhidmatan yang melakukan perkhidmatan pengesahan identiti; dan
    • rakan kongsi solusi-solusi kenderaan, vendor atau pembekal kenderaan pihak ketiga.

    Berkongsi Data Peribadi dengan penasihat undang-undang dan pihak berkuasa kerajaan kami
    Kami mungkin berkongsi Data Peribadi anda dengan penasihat undang-undang kami, pegawai penguatkuasaan undang-undang, pihak berkuasa kerajaan dan pihak ketiga yang berkenaan, apabila diperlukan untuk memenuhi tujuan undang-undang (seperti yang disebutkan di atas) atau dalam salah satu keadaan berikut: -
    • di mana terdapat keperluan untuk bertindak balas terhadap kecemasan yang mengancam kesihatan, nyawa atau keselamatan seseorang; atau
    • di mana terdapat keperluan demi kepentingan umum (contoh: dalam krisis kesihatan awam, untuk tujuan pengesanan hubungan dan perlindungan masyarakat kita).

  11. PENYIMPANAN DATA PERIBADI
  12. Kami akan menyimpan Data Peribadi anda untuk tempoh yang diperlukan untuk memenuhi tujuan yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini melainkan tempoh penyimpanan yang lebih lama diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang.

    Setelah Data Peribadi anda tidak lagi diperlukan untuk perkhidmatan atau tujuan yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini atau kami tidak lagi mempunyai tujuan undang-undang atau perniagaan untuk menyimpan Data Peribadi anda, kami akan mengambil langkah-langkah untuk memastikan bahawa semua Data Peribadi dihapus atau dimusnahkan atau menghalang akses atau penggunaan tersebut Data Peribadi untuk apa-apa tujuan selain daripada untuk memastikan pematuhan Dasar Privasi ini atau untuk tujuan keselamatan, pencegahan dan pengesanan penipuan mengikut undang-undang yang terpakai.


  13. PEMINDAHAN DATA PERIBADI
  14. Data Peribadi anda mungkin dipindahkan dari negara, negeri dan kota tempat anda berada semasa menggunakan perkhidmatan kami ke negara, negeri dan kota lain. Dalam situasi seperti ini, kami akan mematuhi kewajiban undang-undang kami yang berkaitan dengan Data Peribadi anda, termasuk memiliki dasar yang sah untuk memindahkan Data Peribadi dan menggunakan perlindungan yang sesuai untuk memastikan perlindungan Data Peribadi yang mencukupi. Kami juga akan memastikan bahawa penerima Data Peribadi tersebut wajib melindungi Data Peribadi anda mengikut standard perlindungan yang setanding dengan perlindungan di bawah undang-undang yang terpakai.

    Asas yang sah dari kami adalah persetujuan (iaitu kami mungkin meminta persetujuan anda untuk memindahkan Data Peribadi anda dari negara, negeri dan kota di mana anda berada semasa menggunakan perkhidmatan kami ke negara, negeri dan kota lain pada masa anda memberikan Data Peribadi anda ) atau salah satu perlindungan yang dibenarkan oleh undang-undang.


  15. KUKI DAN PENGIKLANAN PADA PLATFORM PIHAK KETIGA
  16. Kami dan rakan kongsi pihak ketiga kami mungkin menggunakan kuki, suar web, tag, objek kongsi tempatan seperti “HTML5” dan “Flash” (kadang-kadang disebut "kuki flash"), pengenal iklan (termasuk pengecam mudah alih seperti “IDFA Apple” atau “Iklan Google ID”) dan teknologi serupa ("Kuki") yang berkaitan dengan penggunaan aplikasi dan / atau platform oleh anda. Kuki mungkin mempunyai pengecam unik dan mungkin berada di antara tempat lain, di komputer atau peranti mudah alih anda, dalam e-mel yang kami kirimkan kepada anda, dan di laman web kami. Kuki boleh menghantar Data Peribadi mengenai anda dan penggunaan perkhidmatan oleh anda, seperti jenis pelayar anda, pilihan carian, alamat IP, data yang berkaitan dengan iklan yang telah dipaparkan kepada anda atau yang telah anda klik, serta tarikh dan waktu penggunaan anda. Kuki mungkin akan berterusan atau disimpan hanya semasa sesi individu. 

    Kami mungkin membenarkan pihak ketiga menggunakan Kuki di aplikasi dan / atau platform untuk mengumpulkan jenis Data Peribadi yang sama untuk tujuan yang sama yang kami lakukan untuk diri kami sendiri. Pihak ketiga mungkin dapat mengaitkan Data Peribadi yang mereka kumpulkan dengan Data Peribadi lain yang mereka ada mengenai anda dari sumber lain. Kami tidak semestinya mempunyai akses atau kawalan ke atas Kuki yang mereka gunakan. 

    Selain itu, kami juga mungkin berkongsi Data Peribadi yang tidak dapat dikenal pasti dengan pihak ketiga, seperti data lokasi, pengenal iklan, atau hash kriptografi pengecam akaun biasa (seperti alamat e-mel) untuk memudahkan paparan iklan yang disasarkan pada platform pihak ketiga. 

    Sekiranya anda tidak mahu Data Peribadi anda dikumpulkan melalui Kuki pada aplikasi dan / atau platform, anda boleh menyahaktifkan kuki dengan menukarkan tetapan pelayar internet anda untuk mengelak, menyekat atau menyahaktifkan kuki dengan menghapus sejarah pelayaran anda dan melupuskan cache dari pelayar internet anda.


  17. BAGAIMANAKAH KAMI MELINDUNGI DATA PERIBADI ANDA?
  18. Kami akan mengambil langkah keselamatan undang-undang, teknikal dan organisasi yang sesuai untuk memastikan bahawa Data Peribadi anda dilindungi. Ini termasuk langkah-langkah untuk mencegah kehilangan Data Peribadi atau digunakan atau diakses dengan cara yang tidak dibenarkan. Kami mengehadkan akses ke Data Peribadi anda kepada pekerja kami dan megehadkannya berdasarkan maklumat yang perlu diketahui. Mereka yang memproses Data Peribadi anda hanya akan melakukannya dengan cara yang sah dan dikehendaki untuk mengendalikan maklumat anda secara rahsia.

    Walaupun begitu, harap maklum bahawa penghantaran maklumat melalui internet adalah tidak selamat sepenuhnya. Walaupun kami akan melakukan yang terbaik untuk melindungi Data Peribadi anda, kami tidak dapat menjamin keselamatan Data Peribadi anda yang dihantar melalui sebarang cara dalam talian, oleh itu, sebarang penghantaran tetap atas risiko anda sendiri.


  19. APAKAH HAK ANDA MENGENAI DATA PERIBADI ANDA?
  20. Berikutan dengan keperluan peraturan dan undang-undang yang terpakai, anda mungkin berhak untuk: -
    • mengemukakan pertanyaan kepada kami mengenai pemprosesan Data Peribadi anda, termasuk supaya diberikan salinan Data Peribadi anda;
    • meminta pembetulan Data Peribadi yang salah atau tidak lengkap dan / atau (dalam kes tertentu) pemadaman Data Peribadi anda;
    • dalam kes tertentu, minta sekatan pemprosesan Data Peribadi anda atau membantah pemprosesan tersebut;
    • menarik balik persetujuan anda untuk memproses Data Peribadi anda (di mana kami memproses Data Peribadi anda berdasarkan persetujuan anda);
    • meminta penerimaan atau penghantaran Data Peribadi yang telah anda berikan kepada kami di mana kami mengunakan Data Peribadi anda berdasarkan persetujuan atau perlaksanaan kontrak kepada organisasi lain dalam format yang boleh dibaca oleh mesin; dan
    • mengadu kepada pihak berkuasa yang berkaitan dengan perlindungan data peribadi jika hak anda dilanggar atau jika anda mengalami kerugian akibat pemprosesan Data Peribadi anda yang tidak sah.

    Walaupun anda diberi pilihan untuk berkongsi Data Peribadi anda dengan kami, anda  boleh memilih untuk tidak melakukannya. Sekiranya kami telah meminta persetujuan anda untuk memproses Data Peribadi anda dan kemudian anda memilih untuk menarik balik persetujuan anda, kami akan menghormati keputusan anda tetapi tertakluk kepada kewajiban undang-undang kami.

    Namun, sekiranya anda memilih untuk tidak berkongsi Data Peribadi anda kepada kami atau menarik balik persetujuan anda untuk penggunaan Data Peribadi anda oleh kami, ini mungkin bermaksud bahawa kami tidak dapat melakukan tindakan yang diperlukan untuk mencapai tujuan pemprosesan yang dinyatakan dalam perenggan 4 (BAGAIMANAKAH KAMI MENGGUNAKAN DATA PERIBADI YANG DIKUMPUL?) atau bahawa anda tidak boleh menggunakan perkhidmatan kami. Setelah anda memilih untuk menarik balik persetujuan anda, kami mungkin dapat terus menggunakan dan memproses Data Peribadi anda setakat mana yang diperlukan atau dibenarkan berdasarkan undang-undang yang terpakai.

    Sekiranya anda ingin membuat permintaan untuk menggunakan hak anda, anda boleh menghubungi kami melalui maklumat perhubungan kami yang dinyatakan dalam perenggan 11 di bawah. Harap maklum bahawa kami berhak untuk menolak permintaan anda untuk mengakses dan / atau membuat pembetulan terhadap Data Peribadi anda setakat mana yang dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai.


  21. TERMA UMUM
  22. Tafsiran

    Bahasa
    Dasar Privasi ini dikeluarkan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya ada ketidakselarasan antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris yang akan terpakai.

    Pindaan dan Kemas kini
    Kami berhak untuk mengubah, mengemas kini atau meminda terma- terma dan syarat-syarat Dasar Privasi ini pada bila-bila masa dengan meletakkan Dasar Privasi yang dikemas kini pada aplikasi pengguna, applikasi penghantar dan / atau platform kami. Sekiranya, anda terus menggunakan aplikasi pengguna, applikasi penghantar, platform dan / atau perkhidmatan kami atau terus berhubung dengan kami selepas pengubahsuaian, kemas kini atau pindaan pada Dasar Privasi ini dilakukan, ini bermakna anda mengesahkan penerimaan anda terhadap pengubahsuaian, kemas kini atau pindaan yang dibuat ke atas terma-terma dan syarat-syarat Dasar Privasi ini.

    Maklumat Perhubungan
    Sekiranya anda mempunyai pertanyaan atau masalah mengenai Dasar Privasi kami atau ingin menggunakan hak-hak anda yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini, sila hubungi pegawai perkhidmatan pelanggan kami di: -

    MFORCE E EXPRESS SDN. BHD. (No. Syarikat: 202001010457 [1366777-H])
    Alamat: 1485, Jalan Seruling, Kawasan Perindustrian Valdor, 14200 Sungai Jawi, Pulau Pinang
    Nombor Telefon: 04-545 2233
    Emel: [email protected]